BEIRUT 25 Jan. - Sebuah pesawat Ethiopian Airlines dengan 90 orang di dalamnya terhempas di laut Mediterranean sejurus berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut awal pagi ini.
Pesawat Boeing 733-800 didapati hilang dari radar selepas lima minit berlepas, sejurus ia dijadualkan berlepas pada 2.10 pagi (8.10 pagi waktu Malaysia), ketika ribut petir dan hujan lebat, kata sumber lapangan terbang.
Pesawat itu menuju ke Addis Ababa.
Seramai 82 penumpang dan sembilan anak kapal berada di dalam pesawat tersebut berdasarkan kenyataan penerbangan.
Kira-kira 50 penumpang merupakan rakyat Lubnan, tiga lagi masing-masing rakyat Britain, Kanada dan Russia manakala sebahagian besarnya rakyat Habshah. - Reuters
terhempas lg..mmmm
Sunday, January 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment